Tempat pertandingan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024

Terdapat 35 gelanggang yang akan digunakan untuk menganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024[1], dan sebanyak 95 peratus daripada jumlahnya merupakan kemudahan sukan yang sedia ada atau struktur yang sementara.[2] Hanya dua gelanggang, Pusat Akuatik yang terletak di Saint-Denis dan Pusat Memanjat Le Bourget, merupakan bangunan baharu yang akan dibina untuk tujuan penganjuran temasya sukan ini.[3] Sebanyak 14 gelanggang acara terletak dalam jarak 10km dari Kampung Olimpik dan Paralimpik,[1] dan kesemua gelanggang boleh dicapai dengan pengangkutan awam.[4] Selain itu, pelbagai acara juga akan diadakan di lokasi terkenal Paris, seperti Menara Eiffel (bola tampar pantai, bola sepak buta), Champs Elysees (triatlon dan para triatlon, maraton, lumba basikal lebuh raya), Istana Versailles (ekuestrian Olimpik dan Paralimpik) dan sebagainya.[2]Semasa proses pembidaan, sebuah pusat akuatik sementara dan dua gelanggang (untuk menganjurkan bola tampar, bola tampar duduk, lawan pedang kerusi roda, boccia, badminton dan para badminton) yang baharu telah dicadangkan. Namun begitu, pihak penganjur Paris 2024 telah membatalkan rancangan tersebut disebabkan kos yang tinggi. Akibat daripada perubahan tersebut, acara renang dan polo air telah dipindahkan ke Arena La Défense, boccia dan bola tampar ke Paris Expo, beberapa acara gimastik dipindahkan ke Arena Bercy, badminton dan para badminton ke Arena La Chapelle, rugbi ke Stade de France, lawan pedang ke Grand Palais, bola tampar duduk ke Stade Roland Garros dan bola baling di Lille.[4][5] Pada masa yang sama, bilangan stadium untuk menganjurkan bola sepak juga dikurangkan dari tujuh ke enam. Acara luncur air yang baru ditambah akan diadakan di Tahiti, Polinesia Perancis[6], manakala sukan urban yang baru ditambah seperti breakdancing dan papan luncur akan diadakan di Place de la Concorde.[7]

Rujukan

WikiPedia: Tempat pertandingan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024 https://www.insidethegames.biz/articles/1101238/pa... https://www.insidethegames.biz/articles/1116787/pa... https://www.bbc.com/sport/olympics/50760437 https://www.france24.com/en/sport/20211213-paris-t... https://olympics.com/en/news/paris-2024-reveals-de... https://olympics.com/ioc/news/new-era-of-games-emb... https://www.straitstimes.com/sport/olympics-paris-... https://www.theguardian.com/sport/2021/dec/13/pari... https://www.o-l-m.net/en/component/k2/11-project/3... https://web.archive.org/web/20211213173023/https:/...